Monday, June 8, 2015

Mengisi Jiwa Yang Kosong | Antara DUKACITA & BAHAGIA


Mengisi Jiwa Yang Kosong | Antara DUKACITA & BAHAGIA | Persoalan jiwa tidak pernah lekang daripada isi blog aku ini dikala saat gundah gulana itu menjengah. Kenapa saat ini sering kali menerpa aku atau mungkin juga yang senasib dengan aku. Setiap orang ada kisahnya tersendiri, dan setiap orang pasti ada masalahnya sendiri. Kedukaan itu tidak akan kekal kerana Allah itu maha adil, Dia tahu akan perihal hambanya.

Doa Ketika Ditimpa Kesusahan

Dia sayang akan hambanya, Dia menegur dengan mendatangkan dukacita pada hambanya. Oleh itu kembali menadah tangan memohon KESABARAN dalam menghadapi saat dukacita itu. Kita tiada sesiapa yang kekal atas dunia ini melainkan ALLAH.

HARTA yang banyak, KERETA yang mewah, ISTERI yang cantik, RUMAH yang besar, PANGKAT yang tinggi, semua bukan kekal untuk kita.

Begitu juga dengan HARTA yang sedikit, HUTANG yang bertimbun, KERETA yang kecil, bukanlah kekal selamanya.

Ada orang nampak senang dan kaya di mata, namun sebaliknya yang ALLAH duga. Begitu juga orang yang banyak hutang, harta yang tiada, nampak susah di mata namun sebaliknya yang ALLAH duga.

Pucuk pangkalnya, di saat Allah menurunkan ujiannya untuk hambanya, banyakkanlah bersabar, BERSABAR dan BERSABAR. ianya sangat susah untuk dilakukan dan kadangkala air mata ini mengalir mengenangkan ujian yang melanda. Tapi Allah tahu bila semuanya ini akan berakhir. Kita mesti yakin dengan ketentuan Allah. Kita mesti yakin dan berusaha untuk keluar dari kemelut dukacita ini.

Berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH. Nescaya Allah akan tunjukkan jalan keluar daripada dukacita dan mendatangkan BAHAGIA pada kita. dan di saat itu, barulah kita mengerti kenapa Allah berikan kita DUKACITA.
Wednesday, April 29, 2015

Selamat Hari Pekerja 2015 | Himpunan Bantah GST 1 Mei 2015


Selamat Hari Pekerja 2015 | Himpunan Bantah GST 1 Mei 2015 | Ucapan ini sebenarnya sebagai mukaddimah pada tahun ini saya memulakan langkah menghidupkan blog yang dah sepi berbulan-bulan lamanya.

Selamat Hari Pekerja 2015 | Himpunan Bantah GST 1 Mei 2015

Hari Pekerja Sedunia akan disambut tidak lama lagi. Seiiring dengan itu Himpunan Bantah GST 1 Mei nanti di Padang Merbok menandakan solidariti penindasan yang dialami pihak pekerja atau pun rakyat.

Kali ini kita melihat setiap tahun 1 Mei adalah tarikh yang keramat bagi kaum pekerja berwarga negara Malaysia. Ia sungguh bermakna berbangding dengan para pekerja Bangladesh, Nepal, Indonesia, Myanmar dan warganegara lain yang berkerja di Malaysia.

Tentu sekali Pekerja Bangladesh, Nepal, Indonesi, Myanmar bergembira bermain bola sepak di kala pekerja Malaysia berhimpun nanti.

bagi mereka RM 700.00 sudah mencukupi dan ada bapak-bapak menteri membuat perbandingan gaji dengan mereka. Sungguh bagus menteri itu.

Wal hasilnya, GST ini bagus untuk rakyat. Rakyat akan kaya dengan GST yang dikutip dari rakyat dan kerajaan berbangga memberi duit cukai kepada rakyat dari hasil titik peluh keringat rakyat sendiri.

yang selebihnya, yang bilion-bilion lebihnya boleh beli jet untuk bapak-bapak menteri guna untuk tinjau rakyat yang miskin dan boleh agihkan makanan daripada jet tersebut tanpa mendarat.
Thursday, August 28, 2014

[Stress Boleh Jadikan Anda Gila]


[Stress Boleh Jadikan Anda Gila] | Masyarakat kita hari ini bangga dengan duit banyak, mencari harta itu lebih utama daripada segala-galanya. Mencari duit sehingga lupa apa yang ada di sekeliling. Tekanan hidup dengan bebanan kerja dan kos sara hidup yang tinggi. Ini mengundang STRESS.. 

Stress Boleh Jadi Anda Gila

STRESS amat bahaya jika tidak dikawal dengan baik. STRESS membolehkan seseorang itu menjadi GILA, Inilah saya ingin kongsikan pada anda hari ini, Kalau anda STRESS buat apa anda makan ubat lagi, RUGILAH ANDA jika berbuat demikian, sedangkan Rasulullah menganjurkan kita supaya berbekam. 

Jom, tunggu apa lagi, jom kita berbekam...

>>> Call/Wasap : 019-9978427 (Asyraf)
Tuesday, August 26, 2014

Makna Qanaah


Makna Qanaah | [Bagaimana Menjadi Seorang Yang Qanaah] Sifat qanaah ialah ‘merasa cukup’ dengan apa yang dimiliki sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hidup sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang ada dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Sifat-sifat Qanaah

Qanaah itu mengandung lima perkara:
  1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.
  2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
  3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
  4. Bertawakal kepada Tuhan.
  5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.
Itulah yang dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.Rasulullah saw bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ertinya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih terus terusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Rasulullah saw bersabda juga: 

Ertinya: "Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Barangsiapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Tuan tidak dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh berpangku tangan dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian adalah kemalasan. 

BEKERJALAH, kerana manusia dikirim ke dunia buat bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh menganggur.
Sunday, August 17, 2014

[Virus Ebola Ambil Masa 6 Bulan Untuk Dikawal]


[Virus Ebola Ambil Masa 6 Bulan Untuk Dikawal] GENEVA - SWITZERLAND. Pihak berkuasa dilaporkan perlu mengambil tempoh enam bulan bagi mengawal penularan virus Ebola di Afrika Barat.

[Virus Ebola Ambil Masa 6 Bulan Untuk Dikawal]

Ketua Doktor Medecin Sans Frontieres (MSF) Joanne Liu berkata, tempoh itu diperlukan kerana virus terbabit merebak dengan pantas berbanding keupayaan untuk mengendalikannya.

"Skala virus yang dibuat adalah tinggi dan langkah luar biasa diperlukan untuk mengawal penyakit itu secepat mungkin," katanya dipetik Reuters

Menurutnya, angka terbaharu diumumkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, jumlah kematian berpunca daripada virus itu dalam tempoh empat dekad meningkat kepada 1,145 orang membabitkan Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone.

Sementara itu, langkah mengkuarantin kawasan terjejas akibat penularan virus itu menyebabkan harga makanan ruji seperti nasi dan keperluan asas lain meningkat mendadak.

Bagi mengelakkan ancaman kebuluran, Agensi Bantuan PBB merancang pengagihan konvoi makanan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran penularan virus itu akan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks